KOTA KINABALU 28 Ogos – Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini amat bererti buat Agustavia Joe Guasi apabila tarikh keramat itu bukan hanya meraikan hari lahirnya tetapi juga merupakan kenangan terindah apabila telah dilantik sebagai Ketua Balai Bomba Lintas, di sini pada 1 Ogos lalu. Lantikan itu menjadikan Agustavia, 37, memecah rekod kerana menjadi wanita pertama di Sabah memegang jawatan itu yang biasanya didominasi oleh golongan lelaki sebelum ini. Berkongsi…










