SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini. Baginda tiba di perkarangan masjid negeri itu kira-kira pukul 1 tengah hari dan disambut oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Turut menunaikan solat Jumaat bersama Seri Paduka dan Sultan Sharafuddin ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Hadir sama adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Solat Jumaat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya