PUTRAJAYA 30 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Floria Diraja Putrajaya 2019, di Taman Botani, Presint 1, Putrajaya. Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis itu. Pada majlis yang sama, Seri Paduka juga berkenan merasmikan koleksi orkid hibrid baharu yang diberi nama ‘Vanda Queen Azizah Iskandar’ bersempena dengan nama Tunku Azizah. Vanda Queen Azizah Iskandar telah didaftarkan di International Cultivar Registration Authority pada 17 Julai lepas. Pasangan diraja itu turut meluangkan masa kira-kira sejam melawat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya