TUMPAT 29 Ogos – Kastam menahan dua lelaki warga tempatan dan Thailand kerana cuba menyeludup 4,000 kilogram (kg) babi hutan yang dianggarkan bernilai RM74,000 dalam dua serbuan di pangkalan haram di sini pagi ini. Kesemua babi tersebut dikatakan di bawa sejauh 150 kilometer dari Terengganu untuk diseludup ke negara jiran melalui Sungai Golok. Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 2.40 pagi, pasukan marin agensi itu menahan seorang tekong tenpatan bersama bot…










