SEREMBAN – Sebanyak 20 buah kenderaan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Seremban 2019 di sini semalam. Konvoi anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seremban serta Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu diadakan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan 2019. Konvoi menjelajah enam lokasi iaitu bermula di Pejabat Daerah…










