IPOH 22 Julai – Presiden pasukan PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya setelah pasukan itu tercicir ke saingan Liga Perdana musim depan. Beliau yang juga Penasihat Khas Menteri Besar memaklumkan perkara tersebut menerusi kenyataan akhbarnya sambil mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang diterima sepanjang beliau menjadi presiden pasukan. “Adalah dimaklumkan bahawa saya Datuk Zainol Fadzi Paharuddin melepaskan jawatan sebagai Presiden PKNP FC berkuat kuasa pada 22 Julai 2019. “Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan oleh PKNP FC…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya