YTL jawab - Utusan Malaysia

YTL jawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL) menafikan dakwaan yang dibangkitkan oleh Kementerian Pendidikan untuk menamatkan per­khidmatan projek 1BestariNet.

YTL menegaskan pihaknya tidak pernah memohon untuk diberi keutamaan khas bagi membekalkan per­khidmatan percuma yang diminta oleh kementerian tersebut.

Katanya, dakwaan kementerian bahawa terdapat kos tersembunyi adalah tidak ber­asas sama sekali kerana melalui tender yang dikemukakan bagi projek berkenaan, jelas dinyatakan harga yang ditawarkan menunjukkan kementerian akan menanggung kos bekalan elektrik kepada menara telekomunikasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tawaran kami telah dinilai oleh pihak kementerian dan dianggap tawaran paling kos efektif. Kementerian telah me­nerima perkara ini bagi fasa pertama dan fasa kedua.

“Malah, perjanjian fasa ke­dua dimeterai pada 2016 selepas kajian semula dan mengambil kira laporan Ketua Audit Negara 2013. Tidak ada sebarang kos tersembunyi. Pihak kementerian sudah sedia maklum akan perkara ini sepanjang masa kontrak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, YTL berkata, dakwaan bahawa kerajaan berpotensi untuk kehilangan pendapatan penyewaan komersial menara telekomunikasi juga tidak benar kerana tidak ada sebarang kehilangan pendapatan pada pihak kerajaan dan anggaran RM32 juta ha­nya spekulasi semata-mata.

“Adalah dipersetujui di dalam kontrak kami bahawa penyewaan tapak sekolah adalah ditentukan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

“Menara-menara itu digunapakai oleh YTL sahaja. Kami tidak menyewa mana-mana bahagian menara kepada syarikat telekomunikasi lain. Oleh itu, tidak timbul isu pengkomersialan menara telekomunikasi.

“Dalam tempoh enam bulan interim, semua kadar sewa akan ditentukan oleh JKPTG dan akan ditanggung YTL agar tiada sebarang kehilangan pendapatan penyewaan berpotensi untuk kerajaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini