CUERNAVACA 31 Julai – Seorang wartawan ditemukan mati dalam but kereta di Mexico semalam. Pemantau media berikrar bagi menyiasat sama ada kematiannya disebabkan pekerjaan atau tidak. Pejabat pendakwa raya di Morelos memberitahu, mayat mangsa, Rogelio Barragan yang merupakan Pengarah portal Guerrero Al Instante ditemukan dengan ‘kecederaan tumpul di muka dan pada kawasan otak. – AFP










