TANJONG KARANG – Lelaki warga Thailand antara sepuluh penagih dadah ditahan dalam Ops Sarang sekitar Tanjong Karang, Rabu lalu. Dalam operasi selama 11 jam bermula pukul 12 tengah malam itu, kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 45 tahun. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A. Wahab berkata, menerusi operasi itu turut merampas 0.92 gram (g) dadah jenis heroin dan syabu (6.83g) dengan nilai keseluruhan RM500. “Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis meth. “Kesemua suspek direman selama empat hari,” katanya dalam kenyataan di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya