BEIJING 19 Julai – Penulis kelahiran Australia yang dituduh melakukan pengintipan di China kini telah ditempatkan di sebuah pusat tahanan di Beijing.
Lapor CNN, Yang Hengjun, 53, yang sejak enam bulan lalu berada di negara itu untuk melawat keluarganya di sana ditahan selepas dikesan memuat naik beberapa perkongsian berbentuk kritikan terhadap kerajaan China.
Kementerian Luar Australia dalam kenyataan berkata pihaknya melakukan pelbagai usaha untuk memastikan Hengjun diberi peluang untuk mendapatkan bantuan peguamnya, Mo Shaoping di Beijing.
Memuatkan artikel berkaitan…
Shaoping memberitahu kes masih lagi dalam siasatan dan dia dihalang penguatkuasa China daripada bertemu anak guamnya tersebut.- AGENSI











