VIENNA 19 Julai – Sesi ujian bas tanpa pemandu di sini dihentikan serta merta selepas seorang wanita nyaris dirempuh salah sebuah bas berkenaan.
Wanita itu yang ketika kejadian sedang asyik melihat telefon pintarnya secara tidak sedar berjalan menuju kearah salah satu bas yang sedang bergerak.
Bas yang hampir merempuh wanita berkenaan berhenti dengan sendirinya sebelum isyarat kecemasan dihantar kepada pasukan keselamatan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Wanita berkenaan mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di lokasi kejadian.
Bas yang dihasilkan syarikat Perancis, Navya dan hanya bergerak pada jarak tidak melebihi 12 kilometer (km).
Jurucakap perkhidmatan bas berkenaan memberitahu pihaknya telah memulakan siasatan keatas insiden terbabit.- AFP











