PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengesahkan berlaku wabak malaria yang melanda komuniti Orang Asli di Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang. Ketika mengesahkan laporan berita awal hari ini bahawa lebih 10 Orang Asli dimasukkan ke hospital setelah mereka disyaki menghidap Plasmodium vivax malaria, Dr Dzulkefly berkata wabak malaria itu yang menjejaskan 11 Orang Asli adalah dalam bentuk ringan dan tidak mengancam nyawa. Kesemua mereka ketika ini dirawat di Hospital Kuala Lipis, katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Saintifik ke-33 Persatuan Farmakologi dan Fisiologi Malaysia 2019 di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya