SHAH ALAM 12 Julai – Pengendali restoran makanan segera jenama Malaysia, Marrybrown Sdn. Bhd., memperkenalkan menu baharu Korean Sensasi, hidangan Kepak Ayam Terhangat dan Burger Ayam Terhangat yang boleh dinikmati sehingga 1 September 2019.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Joshua Liew berkata, menu berkenaan pernah diperkenalkan pada 2018 dan menerima sambutan positif dengan merekodkan pertumbuhan jualan dua digit.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Marrybrown juga menawarkan makanan warisan tempatan dalam menu mereka seperti Nasi MB yang terkenal, Bubur Ayam dan Mi Kari,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis pelancaran menu baharu di sini. – UTUSAN ONLINE.











