[VIDEO] Wan Ji dakwa dipukul pegawai warden penjara - Utusan Malaysia

[VIDEO] Wan Ji dakwa dipukul pegawai warden penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin mendakwa dirinya dipukul ketika berada dalam Penjara Kajang.

Beliau yang mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menangguhkan hukuman penjara setahun kerana menghasut terhadap Sultan Selangor berkata, kejadian itu berlaku sehari selepas dibebaskan pada Jumaat lalu.

Katanya, beliau diminta menanggalkan baju dan perlu menggunting rambut sehingga botak serta janggut seterusnya menanggalkan cermin mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada seorang budak cakap Kelantan, dia tutup muka, dia pakai baju warden, dia tanya ‘demo nama gapo? Fuh, kecek Kelate.

“Wan Ji, oo ni Akta Hasutan. Hah, buka spek. Dia bam bam bam tiga kali dia bagi. Ish, apa salah aku. Depa lain ada buat sekeliling, gelak-gelak, tidak ada halang apa,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik di Youtube, Sabtu lalu.

Jelas Wan Ji, beliau telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan ayahnya, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Anwar pun sudah tahu dan siang tadi beliau sudah telefon pihak penjara, dia kata cari orang yang pukul Wan Ji. Jadi kita tak payah marahlah,” katanya.

Tambah Wan Ji yang pernah menulis tujuh buah buku antaranya yang berjudul ‘Ustaz, Jangan Kasar Sangat!’, beliau telah berbincang dengan beberapa pihak termasuk peguamnya mengenai kejadian itu.

“Peguam kata ustaz buat laporan. Ana kata ana takut dia kena buang kerjea, budak tu, yang pukul ana tu. Takut-takut nanti dia dah elok-elok dapat gaji bulan ini, kena buang kerja susah nak cari kerja kan. Musim-musim tak ada kerja, ana kata kesian kat dia,” katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau akan membuat laporan dan kenyataan kepada media meminta pegawai warden penjara itu menyerah diri dan meminta maaf kepadanya.

“Kalau minta maaf, saya akan tarik laporan itu, tapi kalau tak saya teruskan laporan. Nanti awak pula kena buang kerja,” katanya.

Menurut Wan Ji, beliau kurang pasti sebab diperlakukan sedemikian tetapi mengesyaki pegawai warden penjara itu merupakan ahli Pas.

“Mungkin dia sudah bengang lama dengan ana, mana tahu. Buka FB (Facebook), tengok Youtube, sebab mamat tu cakap Kelantan kan.

“Jadi ana syak ini orang Pas ke orang UMNO ke. macam-macamlah kita fikir, sebab kita orang politik, yang ana tahu orang Pas memang tak suka ana. Orang pas ni tengok muka ana geram nak ludahlah. Ana tahu begitu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini