PASIR GUDANG 16 Julai – Pertubuhan Jalinan Martabat Malaysia (MJMM) antara 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis berhubung kejadian pencemaran menyebabkan gangguan kesihatan yang melanda penduduk sekitar Pasir Gudang sejak 20 Jun lalu. Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Seri Alam oleh Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah bersama-sama kira-kira 30 wakil NGO pada pukul 1.49 petang tadi. Abdul Rani berkata, laporan polis itu dibuat bagi menyahut titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu kilang membuang sisa toksik dan mencemarkan alam sekitar menutup kilang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya