KUALA LUMPUR 11 Julai – Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini merupakan polisi yang menyediakan ekosistem milik dan hak rakyat sepenuhnya.
Video oleh Mohamad Athir Ismail
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, pelaksanaan DKN 2030 yang dianggap sebagai iltizam dan keberanian politik itu akan menjadi aspirasi kerajaan untuk mengasaskan kejayaan masa hadapan negara.
Jelas beliau, Kementerian Pembangunan Usahawan mengambil peranan sebagai peneraju dasar berkenaan sekali gus mencapai matlamat Malaysia sebagai ‘Negara Keusawanan Unggul 2030’.
Video oleh Mohamad Athir Ismail
“Idea dan aspirasi ‘Kemakmuran Bersama’ yang yang digagaskan Dr. Mahathir sebenarnya boleh diperteguh menerusi pelaksanaan DKN 2030.
“Janji dan komitmen kami di Kementerian Pembangunan Usahawan ialah ekosistem keusahawanan mampu diperbaiki dan melalui proses penjajaran semula akan membuka ruang lebih besar kepada segenap lapisan masyarakat termasuklah golongan berpendapatan rendah (B40) an mereka yang berisiko terpinggir,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran DKN 2030 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











