[VIDEO] Bayi perempuan masih bertali pusat ditemukan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bayi perempuan masih bertali pusat ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 21 Julai – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan oleh seorang pemuda di Jalan Dusun Muda, di sini kira-kira pukul 8.10 pagi ini.

Bayi itu kemungkinan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemukan di atas rumput berhampiran kawasan membakar sampah di kawsan itu.

Saksi, Mohd. Noor Azam Che Wahab, 31, berkata, dia menemukan bayi ketika mahu menyambil seekor kucing peliharaannya menyeberangi jalan berhampiran rumahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap pagi, saya lepas kucing untuk turun ke bawah tetapi kucing saya lintas jalan. Saya nak pergi ambil kucing takut pergi jauh, saya dengar macam bunyi bayi menangis, saya ingat bunyi dari rumah jiran tetapi dia tidak ada bayi.

“Saya tunduk tengok atas rumput saya nampak bayi di sini, telanjang bogel, ada darah lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dia kemudiannya memberitahu jirannya mengenai penemuan tersebut.

“Jiran saya menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan bayi itu, bayi ini di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut,” tanya.

Tambahnya, sebelum itu, penduduk ada ternampak sebuah kereta berada di situ beberapa jam dalam keadaan mencurigakan sebelum beredar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini