VI takluk Dataran Aman - Utusan Malaysia

VI takluk Dataran Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 13 Julai -Pasukan Pancaragam Kor Kadet Victoria Institution (VICCB) dari Kuala Lumpur terus mencatatkan rekod prestasi cemerlang selepas diumumkan juara bagi kategori terbuka dan keseluruhan dalam pertandingan perarakan pancaragam sempena Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan (NATCOMP) dan Antarabangsa (MWBC) 2019 di Dataran Aman, malam tadi.

Bagi kategori terbuka NATCOMP, naib johan berpihak kepada pasukan dari Sekolah Henry Gurney, Melaka yang turut memenangi dua hadiah lain iaitu Drum Major Terbaik dan Uniform Terbaik.

Manakala bagi kategori sekolah, pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong, Selangor muncul juara, Naib Johan pasukan tuan rumah dari Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Kedah diikuti tempat ketiga SMK Clifford, Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib Johan keseluruhan MWBC pula dimenangi SMK Kepong, Selangor manakala tempat ketiga dan Drum Major Terbaik milik pasukan dari KSAH.

Hujan renyai sejak awal petang itu tidak menghalang warga Alor Setar dan ibu bapa hadir memberi sokongan kepada setiap pasukan di dataran tersebut.

Yang turut hadir pada majlis yang bermula pukul 9.30 malam dan berakhir pukul 11.30 malam ialah Pegawai Daerah Pokok Sena, Norazman Nordin dan Presiden Persatuan Pancaragam Malaysia Professor Madya Dr. Shahanum Md. Shah.

Ketiga-tiga pasukan iaitu VICCB, KSAH dan SMK Kepong turut layak dan bakal berentap di peringkat akhir pertandingan pancaragam yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di Stadium Sultan Abdul Halim selepas melepasi ujian kelayakan pada Khamis lalu.

Pada tahun ini Kedah dipilih sebagai tuan rumah pertandingan NATCOMP dan MWBC yang bermula pada Khamis lalu hingga esok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini