SAYA didatangi oleh seorang wanita berusia 40-an yang mengadu mukanya semakin kusam, kendur dan berkedut serta berparut disebabkan jerawat. Dia merasakan dirinya tidak cantik pada pandangan mata suaminya. Keyakinan dirinya semakin kurang. Malu kerana nampak tua sebelum usia. Orang selalu menganggap dia ialah ibu kepada suaminya sekiranya keluar bersama. Ini kerana suaminya kelihatan lebih muda. Saya kemudian menyarankan dia menjalani rawatan hormon dan plasma darah atau platelet rich plasma (PRP).…










