Usah cuba bermain api - Utusan Malaysia

Usah cuba bermain api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nampaknya isu had umur belia masih terus diperdebatkan. Pada pandangan saya, keputusan Kerajaan Negeri Johor adalah amat tepat sekali berkenaan isu had umur belia.

Kami di Johor mempunyai citra tersendiri dalam menentukan hala tuju dan tidak perlu mengikut budaya dan kaedah pihak lain.

Ini adalah satu peringatan buat mana-mana kementerian agar tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dan hendaklah sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka, mendengar pandangan dan cadangan semua pemegang taruh terutama anak muda di peringkat akar umbi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak yang terbabit seharusnya menyedari kesilapan beliau apatah lagi tujuh buah negeri setakat ini telah menolak usul berkaitan had usia belia.

Selain Johor, negeri-negeri lain yang turut mengekalkan 40 tahun sebagai had usia belia ialah Sarawak, Selangor, Perlis, Pahang, Kelantan dan Kedah.

Kepada Menteri berkenaan, saya nasihatkan supaya usah cuba bermain api dengan mencampuri urusan negeri Johor, kerana negeri ini sangat berdaulat dengan rakyatnya yang makmur dan bersatu-padu. 


Tambahan pula, penolakan had umur belia bukan satu sentimen politik tetapi bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 sepertimana kenyataan Menteri Besar Johor.

Tumpukan perhatian anda pada kementerian yang anda terajui serta serahkan urusan negeri Johor kepada pihak-pihak yang lebih arif akan hal ehwal negeri ini.

Ingatlah, bahawa Johor akan selamanya menjadi Johor.

Saya juga menyeru kepada Menteri berkenaan menghentikan sikap mengadu domba atau merengek’ meminta bantuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin setiap kali gagal dengan tugasannya.

Individu – individu tersebut pastinya mempunyai keutamaan lain yang lebih besar terhadap negara berbanding melayani agenda peribadi anda.

Norul HAszarul Abu Samah

Ketua Armada Negeri Johor

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini