United wajar dapatkan Maguire - Utusan Malaysia

United wajar dapatkan Maguire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney berpendapat kelab Liga Perdana Inggeris itu wajar mendapatkan Harry Maguire daripada Leicester City andai mahu memperkuatkan bahagian pertahanan menjelang kempen musim baharu.

Kata Rooney dia amat bersetuju andai United telah meletakkan Maguire dalam radar kelab berkenaan biarpun ada laporan mengatakan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer berminat mendapatkan pertahanan Barcelona, Samuel Umtiti.

“Saya amat yakin Maguire adalah pemain yang berkualiti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia (Maguire) juga telah membuktikan peningkatan sejak beberapa tahun lalu.

“Peranan yang digalas oleh Maguire bersama Leicester City amat penting begitu juga ketika bersama England.

“Bagi saya United tidak perlu berfikir panjang untuk mendapatkannya,” kata Rooney.

Ketika ini dilaporkan selain United, Manchester City juga dikatakan berminat mahu mendapatkan Maguire daripada Leicester City.

Bahagian pertahanan menjadi tumpuan United selepas kelab itu mengesahkan bahawa Eric Bailly bakal direhatkan hampir lima bulan berikutan menjalani pembedahan lutut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini