Unisza, Universiti Fatoni jalin kerjasama - Utusan Malaysia

Unisza, Universiti Fatoni jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Fatoni, Thailand bagi mengukuhkan jaringan kerjasama pendidikan dalam bidang Sains Kejururawatan.

Selain MoU itu, turut dimeterai dalam majlis yang berlangsung di Asean Mall, Pattani di Thailand semalam ialah Memorandum Perjanjian (MoA) antara kedua-dua universiti.

Kedua-dua memorandum berkenaan ditandatangani oleh Naib Canselor Unisza, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan manakala Universiti Fatoni diwakili Rektornya, Prof. Dr. Ismail Lutfi Japakiya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hassan Basri berkata, kerjasama berkenaan akan melibatkan mobiliti pelajar dan staf di samping penyelidikan dalam aspek-aspek kesihatan komuniti.

Dalam pada itu katanya, seramai 11 pensyarah termasuk pelajar perubatan dan pelajar kejururawatan daripada Fakulti Perubatan Unisza berkampung selama lima hari di Pattani ketika ini bagi menjalankan Program Antarabangsa Khidmat Komuniti di tiga lokasi iaitu Kampung Yarang, Masjid Bangpu dan di Festival Wakaf Muslimah Pattani.

“Pensyarah dan pelajar menjalankan aktiviti komuniti bersama penduduk setempat antaranya pemeriksaan dan ceramah kesihatan berkenaan vaksin oleh pakar di Unisza serta lawatan ke Hospital Pattani,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini