UMNO sentiasa amal konsep terbuka - Utusan Malaysia

UMNO sentiasa amal konsep terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – UMNO mengamalkan konsep terbuka dan meraikan kepelbagaian pendapat dalam kalangan pemimpin serta ahli demi kepentingan parti itu

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, malah tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang lantang mengkritik pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) perlu dihormati sebagai sebahagian daripada hak kebebasan bersuara dalam parti itu.

“UMNO mempunyai pemikiran terbuka.Semua orang ada hak untuk menyatakan pandangan, bersetuju untuk tidak bersetuju atau bersetuju untuk bersetuju,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini