Ular sawa kenyang baham buaya - Utusan Malaysia

Ular sawa kenyang baham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY – Seorang jurugambar merakam detik seekor ular sawa spesies tempatan membaham buaya air tawar di Australia, lapor rangkaian berita Fox News Network.

Jurugambar tersebut, Martin Mueller menyaksikan kejadian itu secara kebetulan ketika keluar mendayung kayak. Fotonya kemudian dikongsi oleh GG Wildlife Rescue di laman Facebook pertubuhan pemuliharaan hidupan liar Australia itu pada 1 Jun lalu.

“Gambar mengagumkan ini memaparkan seekor ular sawa olive yang merupakan spesies ular kedua terbesar di Australia menelan buaya air tawar (crocodylus Johnstoni),” kata GG Wildlife Rescue di laman Facebooknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gambar ini dirakam oleh Martin Mueller ketika dia mendayung kayak di Gunung Isa, Queensland,” tambahnya.

Ular sawa olive yang boleh mencapai kepanjangan 3.9 meter diketahui memakan haiwan kecil seperti burung, mamalia dan reptilia lain, demikian syarikat berlesen yang menguruskan penjualan komersial ular di Australia Pilabra Pythons.

Bagaimanapun, ular tersebut juga pernah dilaporkan memakan reptilia besar seperti buaya air tawar.

Pada tahun 2017, seekor ular sawa gergasi sepanjang 7 meter dilaporkan menelan seorang lelaki berusia 25 tahun di Indonesia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini