Ular sawa Burma hampir 5 meter ditangkap - Utusan Malaysia

Ular sawa Burma hampir 5 meter ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI, Florida – Beberapa aktivis pemuliharaan alam sekitar menyatakan bahawa mereka menangkap seekor ular sawa Burma sepanjang 4.8 meter (16 kaki) yang bersarang di bawah sebuah rumah di Florida Selatan bersama 50 biji telurnya, lapor portal berita UPI.

Mereka menangkap ular sawa seberat 74.8 kilogram itu pada Sabtu lepas di kem Everglades, daerah Broward County.

Anggota Majlis Pengurusan Air Florida Selatan, Ron Bergeron, membantu menangkap reptilia itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ular sawa Burma mendatangkan ancaman besar terhadap kawasan Everglades di Florida dengan menggugat rantaian makanan semula jadi.

“Kami bernasib baik dapat menangkap ular sawa betina ini yang besar dan seluruh sarangnya,” kata Bergeron kepada akhbar Sun Sentinel.

Ular sawa Burma berasal dari Benua Asia dan diimport ke negeri Florida untuk dijadikan haiwan peliharaan. Reptilia tersebut dianggap sebagai spesies ivasif kerana memakan apa sahaja haiwan asal di Everglades termasuk rusa, rakun, burung serta aligator. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini