Tular lelaki ajar anak masukkan peluru dalam pistol - Utusan Malaysia

Tular lelaki ajar anak masukkan peluru dalam pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 12 Julai – Sebuah video tular yang menunjukkan seorang lelaki mengajar anak lelakinya berusia tiga tahun cara memasukkan peluru dalam sepucuk pistol mendorong polis melakukan siasatan, hari ini.

Klip itu merakamkan kanak-kanak berkenaan ditunjukkan bagaimana peluru dimasukkan ke dalam pistol sebelum lelaki tersebut menyerahkan senjata terbabit kepada anak lelakinya.

Menurut polis India, lelaki itu yang menubuhkan sebuah sekolah untuk kanak-kanak miskin di barat negeri Maharashta mempunyai permit untuk senjata tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia sebuah pistol berlesen dan lelaki itu telah menyerahkan dokumen berkaitan,” kata jurucakap polis, B. Pandhare. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini