Tuduhan rogol: ADUN DAP mungkin dinasihatkan bercuti - Utusan Malaysia

Tuduhan rogol: ADUN DAP mungkin dinasihatkan bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Ahli Dewan Undangan (ADUN) DAP yang dituduh merogol pembantu rumahnya mungkin dinasihatkan bercuti sekiranya siasatan berlanjutan dengan panjang.

Namun, setakat ini beliau yang turut menjawat jawatan Exco negeri Perak masih boleh menjalankan tugasnya seperti biasa memandangkan masih belum ada pendakwaan dibuat.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang turut memberitahu satu perbincangan akan dibuat antara beliau dengan ADUN tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang beliau tidak dikenakan apa-apa dakwaan. Ia sekadar satu laporan dan siasatan sedang dibuat.

“Saya kira kita perlu menggantung seseorang (daripada tugasnya) apabila jawatan itu menyebabkan beliau menggunakan kedudukannya untuk mengganggu proses keadilan,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

ADUN tersebut telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam namun dilepaskan dengan jaminan polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini