Tuah Kamarulzaman pertama kali sertai pertandingan memancing - Utusan Malaysia

Tuah Kamarulzaman pertama kali sertai pertandingan memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang kaki pancing, Kamarulzaman Maujud yang pertama kali menyertai Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) membuat kejutan besar apabila muncul juara selepas berjaya menaikkan ikan seberat 11.59 kilogram (kg) di Taman Tasik Ampang Hilir, di sini semalam.

Beliau berjaya menewaskan 800 peserta lain yang turut memeriahkan pertandingan memancing anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu.

Kemenangan itu membolehkan Kamarulzaman, 51 yang juga seorang juru kimpal berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM6,000 beserta hadiah iringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib juara dirangkul oleh Hidayat dengan meraih sebanyak RM2,000 selepas mendaratkan ikan patin seberat 10.5kg manakala tempat ketiga disandang Roslan Md. Yusof menerusi tarikan patin seberat 6.29kg dan membawa pulang RM1,000.

Bagi kategori khas iaitu ikan keli pula, nasib menyebelahi Mohd. Raziman, Fauziman dan Acing yang masing-masing memperoleh RM300, RM200 dan RM100.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun berkata, acara memancing itu bertujuan menghimpunkan warga kota dalam satu aktiviti berkonsepkan riadah bersama keluarga.

“JPKL ini mencapai matlamat apabila perpaduan dan keharmonian melalui pelbagai lapisan masyarakat dapat disatukan melalui aktiviti riadah sihat ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini