Treler muatan konkrit longkang tersangkut kabel TM - Utusan Malaysia

Treler muatan konkrit longkang tersangkut kabel TM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Sebuah treler bermuatan konkrit longkang tersangkut selama dua jam  pada kabel Telekom Malaysia (TM) dalam kejadian di Kampung Sungai Pinang Pulau Indah semalam. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian di antara pukul 10 pagi hingga 11 pagi dengan treler itu dipandu lelaki berusia 40-an.

“Sewaktu kejadian treler itu sedang membawa konkrit longkang ke Jalan Sungai Pinang yang dalam pembinaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, konkrit longkang itu tersangkut pada kabel TM selama dua jam sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan kabel elektrik berjaya dinaiki oleh pihak bertanggungjawab dan jalan dibuka seperti biasa selepas itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini