MADINAH 7 Julai – Selain daripada melakukan aktiviti ziarah di Masjid Nabawi dan kawasan sekitar tanah suci ini, jemaah haji Malaysia yang kini dalam fasa terakhir menyediakan diri dengan pengetahuan untuk mengunjungi Mekah. Menurut Pengurus Ibadat Madinah Tabung Haji, Mohd. Zamri Ramli, memandangkan kebanyakan jemaah Malaysia yang tiba awal di sini akan berada hanya enam hari di Madinah, fokus utama mereka ialah meningkatkan pengetahuan mengenai ibadat umrah. Beliau berkata, jemaah yang memilih melakukan haji tamattu akan melakukan umrah apabila tiba giliran ke Mekah dan melakukan niat miqat di Bir Ali.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya