Tiga syarikat Malaysia dalam senarai Forbes Asia 2019 - Utusan Malaysia

Tiga syarikat Malaysia dalam senarai Forbes Asia 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Tiga syarikat Malaysia tersenarai antara 200 syarikat awam berprestasi tinggi dalam Best Under A Billion Forbes Asia tahun ini.

Syarikat tersebut adalah Pentamaster Corporation Berhad, Vitrox Corporation Berhad dan Elsoft Research Berhad.

Senarai Best Under A Billion mengiktiraf 200 syarikat awam terkemuka di rantau Asia Pasifik yang merekodkan perolehan tahunan antara AS$5 juta (RM20.59 juta) dan AS$1 bilion (RM4.12 bilion).

Memuatkan artikel berkaitan…

Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, AirAsia juga pernah disenaraikan selain firma teknologi, Tencent; penyedia cari­an internet, Baidu; pembuat cat dan saduran dari India, Asian Paints serta rangkaian makanan segera popular Fi­lipina, Jollibee.

Editor Forbes Asia, Justin Doebele berkata, prestasi syarikat-syarikat yang disenaraikan membuktikan kedinamikan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana Asia dalam mencipta nilai di seluruh rantau ini.

“Nilai pasaran keseluruhan bagi kelas itu untuk 2019, bagaimanapun, susut 10 peratus kepada AS$228 bilion (RM939.04 bilion) daripada senarai sebelumnya disebabkan ketega­ngan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Forbes Asia, 200 syarikat yang disenarai mencatatkan pertumbuhan purata keuntungan bersih dan jualan tahunan melebihi 50 peratus mengikut tahun kewangan mereka dengan gabungan ma­sing-masing bernilai AS$10 bi­lion (RM41.19 bilion) dan AS$54 bilion (RM222.4 bilion).

Pentamaster, melalui anak syarikatnya mengeluarkan me­sin dan peralatan automatik dan sepa­ra automatik, mereka bentuk dan membuat komponen mesin keji­tu­an, serta memasang sistem dan peralatan automasi berkomputer. Nilai pasaran syarikat itu adalah AS$329 juta (RM1.35 bilion).

Vitrox pula merekodkan jualan bernilai AS$98 juta (RM403.62 juta) menyediakan penyelesaian penglihatan mesin untuk pemeriksaan litar bersepadu semikonduktor.

Sementara itu, produk dan perkhidmatan Elsoft Research termasuk reka bentuk sistem elektronik canggih, kejurutera­an perisian sistem dan pemba­ngunan algoritma serta penguji parametrik optoelektronik/semikonduktor. Jualan syarikat itu bernilai AS$19 juta (RM78.25 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini