YALA 12 Julai – Tiga anggota sukarelawan yang sedang bertugas cedera dalam satu kejadian letupan bom di Mukim Benang Sareng, Muang, Yala, selatan Thailand.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi (waktu tempatan) itu, ketiga-tiga anggota sukarelawan sedang mengawal keselamatan jalan raya di Kampung Berangan yang menghala ke sekolah.
Penolong Ketua Polis Siasatan Daerah Muang, Kijsupa Jareuenporn berkata, siasatan awal polis mendapati bom buatan sendiri seberat 10 kilogram dipasang dalam sebuah kotak besi dan diletakkan di tepi tiang elektrik sebelum diaktifkan dengan walkie-talkie.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Dua motosikal milik mangsa turut rosak akibat letupan,” katanya.
Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Pusat Yala untuk rawatan. – BERNAMA











