Tiga beranak dikebumi satu liang lahad - Utusan Malaysia

Tiga beranak dikebumi satu liang lahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 22 Julai – Jenazah tiga beranak yang maut dalam kebakaran di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chini 4, Pekan dekat sini awal pagi ini.

Jenazah Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, dan dua anak lelakinya, Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11, serta Muhammad Adam Daniel, 7, dikebumikan dalam satu liang lahad pada pukul 12.30 pagi.

Urusan pengkebumian itu turut dibantu anggota bomba dan penyelamat dari Balai Pekan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, jenazah tiga beranak tersebut disembahyangkan di Masjid Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2 selepas solat Isyak malam tadi.

Solat jenazah berkenaan diimamkan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi semalam itu, tiga beranak berkenaan ditemukan rentung di bilik belakang rumah sewa mereka yang terbakar.

Kebakaran turut menyebabkan tiga yang lain parah, seorang cedera ringan dan seorang lagi kanak-kanak tidak cedera.

Kejadian yang dipercayai bermula di bahagian tengah rumah mangsa juga melibatkan tiga lagi buah rumah berhampiran. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini