KEPALA BATAS 15 Julai – Seramai tiga beradik termasuk bekas kakitangan kerajaan kerugian RM27,300 akibat terpedaya dengan tawaran untuk membeli 67 kereta lelong daripada individu yang mengaku sebagai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketiga-tiga beradik lelaki berusia lingkungan 40-an hingga 53 tahun itu berjumpa dengan seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai JPJ. Noorzainy berkata, suspek kemudiannya memaklumkan kira-kira 90 buah kenderaan pelbagai jenis bakal dilelong bulan ini oleh pihak JPJ dan dia merupakan pegawai yang menguruskan kereta lelong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya