LONDON – Jurgen Klopp memberi bayangan yang Liverpool tidak akan membuat sebarang penambahan pemain baharu pada musim panas ini.
The Reds hanya membawa masuk pemain remaja Sepp van den Berg dari PEC Zwolle dan pemain remaja Fulham, Harvey Elliott.
Liverpool juga dikaitkan dengan kepulangan semula Philippe Coutinho, Nicolas Pepe dan Marco Asensio tetapi Klopp memberitahu, ia tidak akan berlaku.
“Kami sudah membawa masuk pemain baharu, hanya awak yang tidak sedar.
“Rhian Brewster dan Oxlade-Chamberlain tidak bermain musim lalu, mereka adalah pemain muda hari ini. Mereka ada pemain baharu untuk kami.
“Pasaran perpindahan dibuka sehingga 8 Ogos. Seluruh Eropah merasakan ia akan ditutup awal dan negara yang melakukannya ialah England, jadi kami tutup tiga minggu awal berbanding negara lain.
“Awak boleh lihat apa yang kami lakukan tetapi saya tidak rasa ia akan menjadi perpindahan terbesar,” kata Klopp.-AGENSI











