Tiada pembubaran UMNO, tolak kerjasama parti berkaitan DAP - Utusan Malaysia

Tiada pembubaran UMNO, tolak kerjasama parti berkaitan DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – UMNO sama sekali tidak akan dibubarkan untuk menyertai mana-mana parti politik lain, malah akan terus berjuang bersama Pas berdasarkan setiakawan dan Piagam Bersama.

Dalam masa sama, UMNO-Pas juga menolak ikatan atau kerjasama dengan mana-mana parti atau pihak yang menjalin kerjasama dengan DAP.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataannya menegaskan pendirian itu adalah atas kesedaran bahawa asas DAP yang berdasarkan sosialisme serta strategi ‘Malaysian-Malaysia’ bertentangan dengan UMNO dan Pas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO komited dengan usaha membentuk kerjasama (ta’awun) politik dengan Pas. Adalah diyakini ta’awun UMNO-Pas merupakan gagasan perpaduan dan penyatuan Melayu yang paling berkesan dalam arena politik demokrasi berparlimen tanah air kita.

“Sebarang tindakan kerjasama UMNO dengan parti lain akan terlebih dahulu dirujuk kepada rakan ta’awun yakni Pas, dan akan diputuskan bersama sesuai dengan Piagam Ta’awun kedua-dua parti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini