Tiada keperluan kaji semula pelantikan Rania - Utusan Malaysia

Tiada keperluan kaji semula pelantikan Rania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM 11 Julai – Tiada keperluan bagi Kementerian Kesihatan untuk mengkaji semula pelantikan seorang transgender, Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) yang ditubuhkan bagi menangani wabak HIV/AIDS di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu berikutan pelantikannya adalah mematuhi segala peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Yang pastinya, calon itu datangnya dari kelompok transgender, itu adalah amalan sejak berzaman daripada pentadbiran dulu, itu yang saya difahamkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segalanya dalam peraturan dan mengikut SOP, jadi ia bukan satu benda yang perlu kita politikkan dan gembar-gembur kerana ia telah melalui satu proses yang sangat cermat dan teliti,” katanya.

Dzulkefly berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Ikon Gigi Orang Asli peringkat kebangsaan 2019 di Kampung Orang Asli Menderang 1, Sungkai dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kontroversi pelantikan Rania Zara yang dipersoal banyak pihak ekoran dilihat seolah-olah mencabar moral masyarakat di negara ini.

Rania Zara dilantik sebagai ahli CCM bagi penggal 2019/2021 melalui surat pelantikan rasmi bertarikh 25 Jun lalu yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Boon Chye sebelum ini turut mempertahankan pelantikan berkenaan kerana mendakwa ia dilakukan mengikut prosedur sedia ada.

Menurut Boon Chye, ahli CCM mewakili pelbagai komuniti sasar termasuk golongan transgender, lelaki-seks-dengan-lelaki (MSM), pekerja seks wanita, golongan menggunakan dadah serta mereka yang menghidap HIV/AIDS. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini