BANGKOK – Thailand meminta bantuan polis Malaysia bagi mengesan dan menangkap seorang ahli politik dari selatan Thailand yang dipercayai raja dadah yang bertanggungjawab dalam cubaan menyeludup 459 kilogram dadah ‘ice'(crystal methamphetamine) pada 7 Julai lalu. Ahli Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Narathiwat berumur 58 itu yang sedang diburu polis Thai dan masih bebas dipercayai merupakan dalang dalam membiayai kegiatan haram itu. Ketua Polis Narkotik Wilayah Selatan, Mej Gen Kitti Sapaothong berkata, waran tangkap telah dikeluarkan untuk ahli politik itu pada 12 Julai selepas polis menahan empat lelaki di Bangkok dan Songkhla yang mendedahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya