Terima lantikan Penasihat BN bukan kejar pangkat - Utusan Malaysia

Terima lantikan Penasihat BN bukan kejar pangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 13 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak menepis dakwaan kononnya beliau bersetuju dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) kerana ingin mengejar pangkat dan kedudukan.

Sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri itu, pelawaan tersebut diterima semata-mata demi mengukuhkan kekuatan BN terutamanya setelah mengambil kira keluhan rakyat.

Tegas beliau, apa jua pandangan yang disuarakan oleh pihak-pihak tertentu berhubung pelantikan tersebut dilihat sebagai bersifat pandangan peribadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Soal pangkat dan kedudukan tidak timbul kerana saya tidak kejar semua itu, malah sesiapa juga boleh (dapat pangkat) asalkan bekerja keras.

“Saya anggap kehadiran semula dalam BN sebagai menambah kekuatan pada jentera parti,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui ketika hadir pada majlis perkahwinan anak kepada bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman di Kelab Golf Diraja Perak di sini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Mengulas lanjut kata Najib, beliau merasa bertanggunggjawab untuk mendedahkan kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk dinilai oleh rakyat sebagai pembuat keputusan.

Katanya, rakyat berhak diberitahu perkara sebenar termasuk kegagalan PH sejak menerajui negara setahun lalu.

“Rakyat kini semakin tertekan akibat corak kepimpinan tidak konsisten dan kegagalan kerajaan PH menunaikan janji-janjinya.

“Ini yang mereka suarakan hasil turun padang saya menjelajah negara bertemu rakyat,” ujar beliau.

Sebelum ini, Presiden UMNO DatuK Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan lantikan Najib yang dilihat mampu menyumbang idea dan tenaga untuk menarik sokongan rakyat.

Kata Ahmad Zahid, pengaruh Najib yang dipanggil ‘Bossku’ oleh warganet diharap mampu membantu BN berkuasa semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini