BUDAPEST 30 Julai – Bekas Ketua Persekutuan Renang Hungary, Tamas Gyarfas didakwa atas jenayah mengeluarkan arahan bagi pembunuhan seorang ahli perniagaan pada tahun 1998. Gyarfas, 70, yang mengetuai badan tersebut selama 23 tahun ditahan pada April dan masih menjalani proses siasatan sehingga kini. Pendakwa raya dalam kenyataan memberitahu telah berupaya mengumpulkan bukti mencukupi untuk mendakwa Gyarfas. Pada Februari 1998, Gyarfas dipercayai menjadi dalang pembunuhan ahli perniagaan media, Janos Fenyo yang ditembak di dalam keretanya.-AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya