Syed Saddiq sedia mengadap Istana Johor - Utusan Malaysia

Syed Saddiq sedia mengadap Istana Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 11 Julai – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan yang beliau sedia mengadap ke Istana Johor bagi menyelesaikan isu had umur belia jika langkah tersebut boleh membantu merungkaikan masalah.

Mengakui kecewa dengan campur tangan pihak tertentu dalam soal berkenaan, walaupun perbincangan dan persetujuan daripada kerajaan negeri sudah diperolehi, Syed Saddiq berkata, kerajaan Pusat tidak akan berganjak dari ketetapan yang sudah dibuat.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan siapa yang campur tangan dalam kemelut terbaharu di Johor itu, sebaliknya menyerahkan perkara berkenaan kepada orang ramai untuk menilaikannya sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sudah bincang lama dengan Exco Belia dan Sukan setiap negeri dan dapat persetujuan, cuma di negeri tertentu mereka memohon agar ada transisi tapi ada pihak kata jangan campur tangan dalam urusan negeri…Itu saya tak faham.

“Sebab kami sudah berbincang dengan kerajaan negeri dan dapat persetujuan, tapi masih ada yang dakwa Pusat ingin masuk campur. Itu amat menyedihkan.

 

“Apa pun, saya bersedia untuk berjumpa Tuanku (Istana Johor) jika wujud keperluan tetapi saya tekankan lagi sekali, akta akan berkuatkuasa pada Disember 2021 dan sekarang proses transisi harus bermula,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Johor tiga kali mengubah pendirian dalam isu had umur belia tersebut dan ia dikaitkan dengan campur tangan pihak istana. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini