KUALA LUMPUR – Pelakon yang popular dengan filem Mukhsin, Syafie Naswip mengesahkan ikatan pertunangannya bersama pelakon, Aishah Azman telah terlerai. Syafie ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, keputusan untuk memutuskan tali pertunangan tersebut dilakukan atas persetujuan kedua belah pihak. “Ya, kami sudah putus tunang. Tidak ada orang ketiga mahupun masalah keluarga. “Tetapi, saya rasa dugaan bertunang terlalu berat dan tidak mampu untuk diteruskan,” katanya. Tambah Syafie, dia berasakan keputusan tersebut adalah satu keputusan terbaik untuk dia dan Aishah. “Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya