Sweden raih gangsa Piala Dunia - Utusan Malaysia

Sweden raih gangsa Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NICE – England bagaikan kehabisan ‘gas’ ketika tumpas 1-2 kepada Sweden dalam penentuan tempat ketiga Piala Dunia Wanita, sebentar tadi.

Selepas menduduki tangga ketiga pada kejohanan empat tahun lalu, menutup kempen di tempat keempat pasti amat mengecewakan skuad Lionesses.

Jaringan Kosovare Asllani seawal minit ke-11 dan Sofia Jakobsson, minit ke-22 memastikan pingat gangsa menjadi milik Sweden.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad Lionesses pula pulang hampa sekalipun cuba bangkit merapatkan jurang menerusi Fran Kirby pada minit ke-31.

Jurulatih England, Phil Neville mengakui, beraksi dalam penentuan tempat ketiga sesuatu yang sukar diterima pasukannya kerana mereka datang ke Perancis bersama misi muncul juara.

“Pemain nampak masih sukar menerima hakikat kami bermain dalam penentuan tempat ketiga dan bukan final.

“Apa pun, mereka patut bermain dengan lebih baik hari ini dan bukan berpuas hati sekadar menduduki tempat keempat.

“Tahniah kepada Sweden tetapi bagi saya perlawanan ini sangat mengarut,” kata Neville. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini