Suspek kes tetak 2 warga emas direman seminggu - Utusan Malaysia

Suspek kes tetak 2 warga emas direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT 13 Julai – Seorang penoreh getah yang dipercayai membunuh dua warga emas dengan menetaknya menggunakan parang dalam kejadian amuk semalam direman seminggu bermula hari ini.

Pihak polis berjaya mendapatkan perintah reman ke atas suspek pada pagi selepas berjaya memberkasnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superitenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, tempoh reman itu dikeluarkan Majistret, Salina Omar ke atas suspek berusia 33 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, suspek yang memakai baju T putih dan berseluar pendek dibawa ke pekarangan kompleks Mahkamah Segamat di sini sekitar pukul 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Pada pukul 6 petang semalam, dua lelaki warga emas maut akibat ditetak suspek dengan parang yang menyerang mereka di dua lokais berhampiran.

Noor Ariffin berkata, dalam kejadian semalam, kedua-dua mangsa iaitu pelanggan di kopitiam berusia 74 dan penjual buah durian 60 tahun maut selepas diserang menggunakan parang sepanjang 45 sentimeter oleh suspek. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini