Suami isteri maut kereta bertembung - Utusan Malaysia

Suami isteri maut kereta bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 73 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Apek, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, Wan Jusoh Wan Sudin, 68, dan isterinya, Rokiah Hamid, 65, dari Kampung Padang, Permaisuri di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Zulkifli Mat Deris berkata, mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil dikatakan dalam perjalanan ke Permaisuri dari arah Kota Bharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, setibanya di tempat kejadian, kenderaan dipandu Wan Jusoh tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Toyota  Camry dipandu Na Boon Hong, 26.

“Akibat kemalangan itu pasangan suami isteri berkenaan maut di lokasi kejadian manakala Boon Hong yang berasal dari Ledang, Johor mengalami luka pada kepala dan penumpang, Marcus Chua Cong Xian, 21, tidak cedera,” katanya dalam kanyataan.

 

Mayat pasangan suami isteri itu kemudian dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini