SPAN tawar tender perkhidmatan perunding reka bentuk loji rawatan air - Utusan Malaysia

SPAN tawar tender perkhidmatan perunding reka bentuk loji rawatan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membuka tender perkhidmatan perunding bagi menyediakan garis panduan reka bentuk loji rawatan bekalan air kepada perunding kejuruteraan yang berminat. SPAN dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya memberi peluang kepada perunding yang mahir menyediakan garis panduan teknikal seragam untuk reka bentuk loji rawatan air dan komponen berkaitan sistem bekalan air. “Tender dibuka sehingga 2 Ogos ini sebelum pukul 12 tengah hari dan bagi perunding kejuruteraan yang berminat boleh layari pautan di https://www.span.gov.my/article/view/tender-sebutharga untuk maklumat lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN