KUANTAN – Semua pegawai dan pemain skuad Tok Gajah diberi cuti rehat selama tiga hari bermula semalam setelah menamatkan saingan Liga Super musim ini sebagai naib juara. Skuad kendalian Dollah Salleh itu akan kembali menjalani latihan Rabu ini sebagai persiapan mengharungi saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung bulan depan. Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, semua pegawai dan pemain dibenarkan bercuti bersama keluarga masing-masing selama tiga hari. “Manfaatkan masa cuti ini untuk bersama keluarga tersayang kerana kita ada misi penting selepas ini setelah gagal mempertahankan Piala FA,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya