Skuad hoki dalam dewan negara ada misi khas di Chonburi - Utusan Malaysia

Skuad hoki dalam dewan negara ada misi khas di Chonburi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Skuad hoki dalam dewan negara mempunyai misi serampang dua mata dalam kejohanan Piala Asia Dalam Dewan 2019 yang akan berlangsung di Chonburi, Thailand.

TIMBALAN Presiden MHC, Prof Dr. S. Shamala.

Timbalan Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Dr. S. Shamala berkata pasukan wanita diberi tugas penting untuk muncul juara manakala pasukan lelaki pula hanya perlu ke final untuk memastikan tiket ke Kejohanan Piala Dunia 2021.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Piala Asia Dalam Dewan ini memang merupakan kelayakan untuk Kejohanan Piala Dunia. Jika kita menang dan layak, ini pertama kali dalam sejarah. Selain membawa misi penting untuk negara, kejohanan di Chonburi ini juga sebagai pemanas badan buat pasukan negara sebelum ke Sukan SEA Filipina,” katanya ketika ditemui di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Pasukan lelaki negara diundi dalam Kumpulan A bersama-sama pasukan Iran, Thailand, Filipina dan Bangladesh manakala pasukan wanita pula berada dalam Kumpulan B bersama-sama Thailand, Taiwan dan Singapura.

Pasukan hoki dalam dewan lelaki berada pada ranking 24 dunia manakala pasukan wanita pula di tangga ke-33 dunia.

Shamala menjelaskan kejohanan itu juga menjadi penanda aras kepada keupayaan pasukan negara untuk memastikan pingat emas Sukan SEA Filipina menjadi milik Malaysia.

“Saya rasa kita berpeluang cerah untuk raih pingat emas di Sukan SEA nanti sebab pasukan negara pasti mendapat pendedahan yang cukup di Chonburi nanti, ada pasukan Iran yang boleh dikatakan agak kuat. Saya rasa ia (Piala Asia Dalam Dewan) merupakan tapak persediaan yang baik untuk pasukan kita sebelum ke Sukan SEA,” katanya.

Untuk rekod, pasukan lelaki dan wanita yang ditubuhkan khas untuk kempen Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur (KL2017) itu, masing-masing meraih pingat emas dan gangsa.

Sukan SEA 2019 di Filipina dijadual berlangsung pada 30 November hingga 11 Disember ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini