KUALA LUMPUR – Sebanyak 130 sukarelawan terdiri daripada warga Kumpulan Sirim. Bhd. (Sirim) dan masyarakat setempat menyertai progam Bersihkan Pantai Kita anjuran Sirim di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pasir Panjang, Segari, Perak, Sabtu lalu.
Program bertujuan membantu pemuliharaan kawasan pendaratan penyu untuk bertelur itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat untuk membersihkan pantai.
Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sirim, Prof Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani, tujuan program tersebut adalah untuk membantu pemuliharaan pantai khususnya lokasi yang dijadikan kawasan pendaratan penyu untuk bertelur.

Katanya, program berkenaan merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat untuk membersihkan pantai.
“Pemilihan lokasi ini dilakukan memandangkan pantai berkenaan dicemari sampah-sarap terutamanya bahan-bahan berasaskan plastik.
“Program ini disertai anggota kerja Sirim dari Ibu pejabat di Shah Alam serta pejabat cawangan Perak juga dibantu oleh anggota keluarga mereka, kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perak dan komuniti nelayan di sekitar kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Perikanan Negeri Perak, Zaki Mokri. -UTUSAN ONLINE











