Singapura tahan beberapa warga Myanmar berkait pemberontak - Utusan Malaysia

Singapura tahan beberapa warga Myanmar berkait pemberontak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 11 Julai – Singapura menahan beberapa warga Myanmar didakwa merancang sokongan bagi kumpulan pemberontak yang berdepan pertempuran sengit dengan tentera di negeri Rakhine.

Tentera Myanmar telah mengerahkan ribuan anggota ke Rakhine sejak beberapa bulan lalu bagi menumpaskan pemberontak Tentera Arakan (AA) yang dikategori sebagai kumpulan pengganas.

AA dikatakan berjuang bagi lebih banyak autonomi untuk etnik Rakhine beragama Buddha.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian Dalam Negeri Singapura dalam kenyataan berkata, kumpulan itu menyasarkan pengumpulan dana daripada Singapura dan menganjurkan sokongan bagi AA dikalangan komuniti dari negara mereka.

“Kementerian Dalam Negeri bertindak terhadap beberapa warga Myanmar untuk menggunakan Singapura sebagai platform menganjurkan dan meraih sokongan bagi keganasan bersenjata terhadap kerajaan di sana.

“Ini mengancam keselamatan Singapura,” jelas kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini